Sunday, 14 July 2013

Alhamdulillah...

rasa bersyukur sgt.. sebab selama hadup dekat mcm-mcm sekolah.. dari tadika hingga U.. semua orang yang rapat ngan aq.. boleh terima aq.. dan mereka semua support aq.. bila aq gembira.. mesti share ngan diorang.. yg tgk diorang gembira gak dgn berita gembira aq.. bila aq sedih.. diorang tetap di sisi.. sentiasa beri semangat..

dari tadika hingga sekolah menengah.. aq ada syafinaz.. sekarang belajar kat politeknik shah alam.. selalu bawa aq round kampung.. kwn rapat aq yg lain.. amalina.. sekarang belajar tingkatan 6 kat jengka 2.. atikah sekarang kat uitm shah alam.. tgh wat asasi sains.. dia memang pandai pon.. aq ngan syafinaz selalu gi umah diorang.. borak-borak.. seronok bila kenang kisah lama..

lepas tuh aq dah bergelar dak maktab.. tingkatan 1 aq dah sekolah asrama.. memang cita-cita aq pon.. nama sekolah aq.. MRSM Muadzam Shah.. ramai kwn rapat aq kat sini.. yg paling rapat.. zulaikha.. dia memang sahabat aq yg paling banyak bantu aq.. kalau ada masalah.. konfirm aq cari dia.. yang lain.. shikin.. heiza.. farha.. azreen.. izzaty.. shera... semua baik ngan aq.. seronok sgt kwn ngan diorang.. thanks korang..

lepas tu.. aq dpt result.. aq kena pindah maktab.. start F4.. aq belajar kat MRSM TGB/ Tun Ghafar Baba atau dulu dikenalali MRSM Jasin, Melaka.. Alhamdulillah.. dpt no.1 SPM 2012.. kat sini pon aq jumpe kwn yang sgt memahami aq.. ada naja, dyba, afiqah, syu, farah, diorang semua classmate aq.. lapas tu, ada wanie , yaya, pijan, shera.. diorang dari muadzam gak.. kami memang geng.. pergi mana-mana mesti berlima.. sampai orang bagi mana.. geng musha.. memang org dah kenal dah..

sekarang aq kat UPMKB.. jauh betul sambung belajar.. kat sini aq kena sahabat aq yang baru.. ada teha, iefa. sahira. shahid dan fizi.. yang lain pon baik gak ngan aq.. diorang semua boleh jadi sahabat yng baik.. sgt memahami org lain.. aq seronok kat sini.. diorang semua dah mcm keluarga buat aq.. boleh la lepaskan rindu..  thanks sangat-sangat... aq sayang korang semua.. harap persahabatan kita sampai syurga.. 

Sunday, 7 July 2013

DKP UPMKB TERBAIK!!

seronok dapat kosmate yang boleh dianggap keluarga ni... diorang semua baik dan prihatin... selama sebulan kat sini.. inilah kawan kawan rapat aku.. Teha, Iefa, Sahira, Shahid, dan Fizi... diorang memang baik.. aku sayang diorang sangat-sangat.. kalau salah seorang dari kami ada masalah.. pasti masing-masing gelisah.. kelakar betul la..

Teha ni seorang yang agak kasar sikit... tapi dalam kasar dia masih ada kelembutan beb.. senang juga la nak nangis.. haha.. nampak brutal tapi dalam hati ada taman.. okeyla.. hidup kitorang kalau takde dia rase tak lengkap.. kalau ada pape je.. mesti nak share ngan dia.. sbab akan rasa lega sikit lepas tu.. thanks Teha.. sayang kau... <3

sahabat aku sorang lagi ni.. sebelah bilik aku jer.. masuk sehari lewat dari aku.. berasal dari kampung ayah aku.. setiu terengganu... dia ni comel sikit.. perangai dia macam budak-budak.. budak-budak pon tak perangai macam tu... siap jadi bahan lagi dengan kosmate yang lain.. sebab suara dia comel.. 

sahira ni pulak.. terkenal dengan banyak mulutnya.. sampaikan dia dapat nama pokpek.. haha.. comel la..
kalau tengah xde semangat nak buat ape-ape.. cari dia.. comfirm bersemangat.. mmg x boleh duduk diam.. mesti ade je bende dia nak buat.. lagi satu dia ni sporting habis.. seronok sangat kwn ngan dia..

si shahid ni pulak.. aq rapat dgn dia sebab apa pon aq x ingat.. tiba-tiba jer.. tapi dia baik la.. sebab tu aq boleh ngan ngan dia.. bila ckp ngan dia rasa mcm ckp ngan kwn pompuan aq.. x rasa janggal sangat.. waktu buat kerja berkumpulan pon boleh diharap.. bagusla mamat ni..

yang sorang lg ni mamat kelate.. nama dia fizi.. aq xtau knp dgn dia.. suka nyakat aq.. x habis-habis nak tumbuk, nak tampar aq.. pantang aq buat something.. mesti nak kacau.. aish.. geram betul la.. ada satu hari ni dia ckp "memang x aman hidup ko.." sebenarnya.. aq pon sama suka kacau dia.. haha.. adil la tu kan?? jgn ada org salah faham sudah..

harap kitorang boleh jadi satu family yang bahagia..

Wednesday, 3 July 2013

salam semua

assalamualaikum, salam sejahtera...

hidup tak semestinya indah dan penuh gelak tawa memanjang... juga tidak semestinya sedih serta derita mewarnai.. kita mesti pandai menikmati hidup dan mewarnainya... pilih jalan yang benar dan tepat untuk ditujui... bukan jalan yang gelap dan tidak nampak penghujungnya.. jika melaluinya juga nescaya kita akan tersesat.. namun begitu.. jangan berputus asa kerana masih ada peluang untuk kita kembali ke jalan yang sebenar setelah kita tersedar... 

kehidupan yang sebenar adalah apabila kita menemui cahaya yang selama ini hilang dan bersembunyi dari kita... cahaya itu tidak akan muncul begitu sahaja jika kita tidak berusaha untuk mencarinya.. jika kita berjaya menemui cahaya tersebut.. ia bukan sahaja menerangi hidup kita.. ai juga akan menemani kita walau di mana kita berada termasuk setelah kita mati.. setiap orang pasti akan menemui ajal.. waktu itu hanya agama yang dapat menyelamatkan kita.. itulah cahaya yang palaing terang...

ramadhan semakin hampir!!

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

apa perasaan korang??

ada seorang anak bongsu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke sarawak. dia berasal dari pahang. ibunya sedang sakit di rumah.. ibunya sakit strok dan lumpuh separuh badan.. bila ibunya dapat tahu menganai anaknya itu.. ibunya berkata... "kalau jadi ape-ape pada ibu bila kamu berada di sarawak nanti.. kita mesti x boleh berjumpa lagi..." bergenang air mata si ibu...
si anak berasa sangat serba salah.. sama ada ingin menemani ibu atau melanjutkan pelajaran ke sarawak.. dialog ibu seperti tidak mengizinkan si anak pergi.. bingung si anak memikirkan sama ada mahu mengejar cita-citanya atau tetap berada di sisi ibu...
akhirnya dia memilih untuk pergi melanjutkan pelajaran... sambil berharap ibunya merestuinya... jangan risau si ibu.. anakmu akan menghadiahkan sesuatu untuk kegembiraanmu suatu hari nanti